Kenderaan lebih muatan antara punca kemalangan meningkat
Iklan
SHAH ALAM - Kenderaan berat seperti treler, lori atau bas yang melebihi muatan dan tidak diselenggara secara berkala menjadi punca peningkatan kes kemalangan dalam negara.
Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua berkata, terdapat segelintir pemandu kenderaan berat yang mengambil mudah tentang muatan dan pemeriksaan brek secara berkala dengan alasan kos penyelenggaraan mahal.