Kembara Agong tinggalkan momen indah
Iklan
Warga Esscom teruja bergambar dengan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ketika lawatan Seri Paduka berdua ke Lahad Datu, Sabah sempena Kembara Kenali Borneo, baru-baru ini.
TERUJA dan suatu penghormatan tertinggi dalam hidup yang mungkin tidak akan terulang kembali.
Itu gambaran perasaan diungkapkan oleh Asisten Ketua Staf Pusat Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob, 42, setelah disantuni oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di kuarters kediaman Esscom, Taman Palm Garden, Lahad Datu, Sabah, baru-baru ini.