'Ahli Parlimen, senator, menteri bukan kerjaya'
Iklan
SHAH ALAM - Menjadi ahli Parlimen, senator atau menteri bukanlah satu kerjaya, maka wajar untuk kerajaan mempertimbangkan cadangan memansuhkan pencen terhadap kumpulan berkenaan.
Pakar ekonomi, Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata, beliau turut mencadangkan semua pegawai kerajaan baharu untuk turut sama mengikuti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai simpanan selepas tamat berkhidmat.