Pelangai mungkin kekal milik BN, tapi majoriti tipis - Penganalisis

Iklan
Kembalinya bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob menyokong calon BN pada PRK Pelangai dijangka memberi nilai tambah terhadap peluang koalisi itu untuk mempertahankan kerusi DUN berkenaan. (Gambar kecil: Che Hamdan (kiri), Mazlan)

SHAH ALAM - Biarpun unjuran jumlah undi diperolehi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai berpotensi meningkat lebih 20 peratus berbanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) terbentuk, beberapa penganalisis politik masih skeptikal terhadap peluang beliau untuk mengekalkan kemenangan dengan jurang majoriti lebih besar.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Jengka, Dr Che Hamdan Che Mohd Razali sebaliknya menjangkakan jumlah majoriti undi bakal diterima Amizar mungkin berkurangan lebih separuh berbanding majoriti undi diterima bekas penyandang kerusi DUN itu, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun pada PRU15 iaitu sebanyak 4,048 undi.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.