Dua sungai di Perlis teruk tercemar

Iklan
Gambar hiasan

KUALA PERLIS - Sungai Santan dan Sungai Repoh dikenal pasti antara kawasan yang teruk tercemar di Perlis.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Azizan Sulaiman berkata, keadaan itu sekali gus menggambarkan tahap kesedaran masyarakat terhadap kebersihan kawasan di negeri ini masih rendah meskipun kerajaan menyediakan kemudahan secukupnya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sikap seumpama itu seharusnya perlu dikikis segera bagi memastikan rakyat di negeri ini bergerak selari dengan kerajaan dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara bersih.

"Kawasan itu bukan kawasan kampung, boleh dikatakan kawasan elit bandar Kangar yang menempatkan taman-taman perumahan mewah dan masyarakat berpelajaran.

Iklan

"Sepatutnya perkara seperti ini tidak terjadi," katanya ketika sidang media selepas Majlis Apresiasi bersama Rakan Strategik Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Media semalam.

Azizan (tengah) ketika Majlis Apresiasi bersama Rakan Strategik Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Media semalam.

Menurut Azizan, bagi mengatasi masalah itu, pelbagai program dirancang kerajaan negeri bersama pihak SWCorp Perlis termasuk menahan individu atau kumpulan yang dikesan membuang sampah di merata tempat selain menambah papan tanda larangan pembuangan sampah di kawasan tumpuan.

Iklan

"Pihak kita ada juga melantik 'mata-mata' untuk menyiasat tindakan ini supaya masalah sebegini dapat diatasi segera," katanya sambil memberitahu jumlah sisa pepejal di Perlis adalah rendah berbanding negeri lain iaitu kira-kira 120 tan sehari.