PRK Pelangai jadi indikator sokongan Melayu buat BN-PH
Iklan
SHAH ALAM - Biarpun keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai tidak mampu menukar status quo kerajaan negeri Pahang dan Persekutuan, namun ia menjadi indikator penting mengukur sejauh mana sokongan orang Melayu kepada Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO dan Kerajaan Perpaduan.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkata, jika calon BN, Datuk Amizar Abu Adam tewas, ia akan menunjukkan defisit sokongan orang Melayu terhadap UMNO kini semakin meruncing dan menghilang kerana DUN Pelangai adalah antara kubu kuat parti itu di Pahang sebelum ini.