Siasatan, pendakwaan SPRM tidak tertakluk pada sebarang keputusan mahkamah
Iklan
SHAH ALAM - Siasatan atau pendakwaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah berdasarkan kepada peruntukan dan keperluan dalam kesalahan-kesalahan di bawah akta badan agensi itu sendiri dan bukannya tertakluk kepada sebarang keputusan atau dapatan mahkamah.
Peguam, M Hafiz Zainul Abidin berkata, pihak SPRM tidak boleh terus membuat pendakwaan tanpa ada sebarang siasatan kerana elemen dan pembuktian sesuatu kesalahan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan Akta SPRM itu adalah berbeza.