Tiada keperluan untuk buka pintu laluan baharu
Iklan
SHAH ALAM - Pusat pemeriksaan sempadan di sepanjang perbatasan Malaysia- Thailand sedia ada sudah mencukupi untuk aktiviti perdagangan, pembangunan dan peningkatan hubungan serta interaksi antara individu.
Penganalisis Pertahanan dan Geostrategik, Muhammad Fuad Mat Noor berkata, sebarang cadangan menambah pusat berkenaan memerlukan pertimbangan dan penelitian wajar terutamanya dalam aspek keselamatan.