Tiada rombakan kabinet hari ini
Iklan
Spekulasi kian bertiup kencang mengatakan Anwar bakal mengumumkan keputusan rombakan kabinet usai selesai mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan tiada rombakan kabinet akan dilakukan pada Rabu.
Anwar berkata, beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa juga tiada kaitan dengan rombakan kabinet.