Undi anak muda, warga Felda jadi kebimbangan PH
Iklan
Bagaimanapun, berdasarkan gerakan kempen sehingga kini, potensi kemenangan calon BN mencapai 80 hingga 90 peratus
BENTONG - Berbaki tiga hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, sokongan pengundi muda dan warga Felda menjadi kebimbangan terbesar buat Pakatan Harapan (PH) dalam memastikan sama ada Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan mandat tersebut.
Pengarah Pilihan Raya Parti Amanah Negara (Amanah) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Ahmad Wafiuddin Shamsuri bagaimanapun berkata, berdasarkan gerakan kempen daripada jenteranya sehingga kini, potensi kemenangan calon BN mencapai 80 hingga 90 peratus.