Pelangai kekal kubu kuat BN
Iklan
Peratusan keluar mengundi meningkat berbanding PRU15
SHAH ALAM - Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dapat diterima pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai apabila calon BN, Datuk Amizar Abu Adam menang dengan majoriti 2,949 undi dalam pertembungan tiga penjuru.
Walaupun undi majoriti merosot sebanyak 1,099 undi berbanding semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kedudukan Pelangai sebagai kubu kuat UMNO dan BN tidak dapat dinafikan.