Kertas siasatan 15 polis kena serbu di pusat hiburan dirujuk TPR

Iklan
Ahmad Dzaffir - Foto Bernama

SEREMBAN - Kertas siasatan berhubung seorang pegawai kanan dan 14 anggota polis yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Seremban pada Ogos lepas telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, keputusan saringan urin kesemua 15 anggota polis tersebut itu juga telah diperoleh dan mendapati sebahagian mereka positif dadah hasil daripada laporan patalogi.

Iklan
Iklan

"Kertas siasatan kes tersebut telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, ada beberapa arahan lagi yang perlu diambil tindakan, masih lagi dalam tindakan pihak polis untuk mengemas kini siasatan.

"Keputusan urin mereka juga telah diterima, ada yang positif dan ada yang negatif...keputusan ini daripada ujian patalogi, ia adalah keputusan muktamad," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Peringkat Kontinjen Negeri Sembilan di sini pada Selasa.

Iklan

Ahmad Dzaffir berkata, tarikh pendakwaan terhadap anggota terbabit belum diketahui dan kesemua yang terlibat masih ditahan kerja hingga siasatan selesai.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pegawai kanan dan 14 anggota polis ditahan bersama seorang timbalan pendakwa raya dan seorang pendaftar mahkamah dalam serbuan tersebut.

Iklan

Terdahulu, Ahmad Dzaffir dalam ucapannya berkata Amanita (Peace Lady) merupakan inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyasarkan golongan wanita termasuk suri rumah sebagai rakan polis, iaitu komunikasi dua hala bagi melaksanakan pendekatan lebih proaktif dalam mencegah jenayah kawasan kejiranan.

"Peranan wanita penting dalam usaha mencegah dan membanteras jenayah berikutan 70 peratus wanita di negara ini adalah suri rumah.

Relevannya, masyarakat hari ini harus menghakis mentaliti tidak mahu menjaga tepi kain orang sebaliknya mengambil tahu hal di sekeliling terutamanya melibatkan keselamatan sejagat,” katanya. - Bernama