Johor Bharu, Batu Pahat catat IPU tidak sihat

Iklan
Keadaan jerebu di Johor Bahru, pada Selasa.

JOHOR BAHRU - Dua daerah di Johor melibatkan Johor Bahru dan Batu Pahat mencatatkan rekod Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan IPU 101, pada Selasa.

Menurut Exco Kesihatan dan Kebudayaan Negeri, Ling Tian Soon perkara berkenaan dilaporkan telah berlarutan sejak seminggu lalu.

Iklan
Iklan

Justeru katanya, orang ramai diminta untuk menjaga kesihatan masing-masing dengan mengurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah.

"Orang ramai terutamanya yang mengalami masalah pernafasan dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti secara terbuka seperti bersenam dan lain-lain susulan cuaca berjerebu ketika ini.

Iklan

"Orang ramai juga dinasihatkan untuk memakai pelitup hidung dan mulut terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah pernafasan," katanya kepada Sinar Harian.

Berdasarkan data daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), ada menerima laporan mengenai kes tentang jenis-jenis sakit sakit mata.

Iklan

Tambah Tin Soon, minggu sebelumnya sebanyak 26 kes dan minggu ini ada 45 kes (meningkat sebanyak 73 peratus), dilaporkan.

Malah katanya, beberapa masalah lain seperti masalah sistem pernafasan, pening sakit dan tekak yang merekodkan sebanyak 1,174 kes minggu sebelumnya.

"Minggu minggu lalu 1,528 30.1 peratus peningkatan, apabila asma melibatkan rawatan 52, minggu lepas meningkat ke-82 kes.

"Jadi macam yang saya katakan tadi, kurangkanlah aktiviti luar seperti bersukan dan lain-lain," katanya.