Kampung Baru, KL dilanda banjir kilat

Iklan
Operasi menyelamat warga emas terperangkap banjir di Kampung Periuk, Kampung Baru pada Selasa.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menyelamatkan seorang warga emas keluar dari lokasi banjir kilat di Kampung Periuk, Kampung Baru di sini pada Selasa.

Menerusi gambar dikongsikan, dilihat sekurang-kurangnya empat anggota termasuk daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengangkat wanita berkenaan yang duduk di atas kerusi roda.

Iklan
Iklan

Hujan lebat sekitar jam 4.30 petang menyebabkan lokasi berkenaan dilanda banjir kilat dengan air naik dianggarkan 0.2 meter.

Usaha membawa keluar mangsa terkandas sedang giat dilaksanakan pasukan penyelamat.

Iklan

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa membuat pemantauan sekitar Kampung Periuk pada jam 5 petang.

Menurut Komander Operasi, Mohamad Riduan Akhyar, seramai 19 orang mangsa terjejas dalam kejadian banjir kilat tersebut.

Iklan

"Anggota bertugas bertindak memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara Sekolah Menengah Puteri Wilayah, Kuala Lumpur.

"Mangsa terlibat terdiri empat warga emas, lapan orang dewasa dan tujuh orang kanak-kanak," katanya.