Permohonan suaka ke Eropah melonjak

Iklan
Lebih 800,000 permohonan suaka difailkan di Kesatuan Eropah (EU), Norway dan Switzerland pada tahun ini. - Foto fail Reuters

BRUSSELS - Lebih 800,000 permohonan suaka difailkan di Kesatuan Eropah (EU), Norway dan Switzerland pada tahun ini sehingga Oktober.

Angka permohonan itu adalah yang tertinggi sejak 2016 berbanding tempoh yang sama pada tahun-tahun sebelumnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik akhbar Jerman Welt edisi Selasa.

Iklan
Iklan

Sebanyak 801,459 permohonan suaka difailkan di 29 negara antara awal tahun dan 3 Oktober.

Peningkatan terbesar dilaporkan di Latvia, pertambahan sebanyak 168 peratus dan Estonia melonjak 119 peratus yang berpunca daripada peningkatan jumlah penghijrahan dari Belarus yang tidak mengikut peraturan.

Iklan

Jerman menduduki tempat ketiga dengan peningkatan 74 peratus dalam jumlah permohonan berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Sementara itu, Denmark mencatatkan penurunan terbesar permohonan suaka sebanyak 56 peratus, diikuti Malta turun 54 peratus, Cyprus merosot 52 peratus dan Austria turun 41 peratus.

Iklan

Negara yang mempunyai permohonan suaka paling sedikit setakat tahun ini ialah Hungary, dengan hanya 26 permohonan. - Bernama-dpa