Individu sebar video beras plastik tampil mohon maaf

Iklan
Individu yang menyebarkan video mendakwa penjualan beras plastik akhirnya tampil memohon maaf.

KOTA KINABALU - Individu yang menyebarkan video mendakwa penjualan beras plastik akhirnya tampil memohon maaf menerusi satu video yang dikongsikan dalam Facebook rasmi Sazarice Sdn Bhd pada Selasa.

Dalam video berdurasi satu minit 19 saat itu, lelaki berkenaan memohon maaf kerana menyebarkan video yang tidak benar mengenai beras plastik.

Iklan
Iklan

"Saya dengan ini memohon maaf kepada yang telah melihat video saya yang menyebarkan beras plastik itu dan saya meminta maaf kepada pihak Sazarice dan semua company yang telah kecil hati dengan kata-kata saya itu.

"Sebenarnya itu tidak betul. Saya mohon maaf kepada semua yang telah melihat video saya. Kepada sesiapa sahaja yang telah kecil hati kepada saya sampaikan tidak beli beras itu, saya mohon maaf sebenarnya itu tidak betul, itu sebenarnya beras asli. Mungkin silap saya juga, saya mohon maaf kepada semualah, syarikat Sazarice dan syarikat lain," katanya.

Iklan

"Pihak Sazarice menyeru kepada orang ramai agar menghentikan serta-merta penyebaran video-video yang tidak benar mengenai produk-produk syarikat Sazarice.

Iklan

"Pihak Sazarice tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang cuba memburukkan nama baik Syarikat dan menimbulkan kegusaran awam. Terima kasih," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin dalam kenyataannya berkata, pihak syarikat Sazarice Sdn Bhd telah menerima permohonan maaf individu tersebut.

Bagaimanapun, Foong Hin berkata, individu itu turut diberikan peringatan tegas susulan kejadian tersebut.

"Memandangkan individu tersebut menyedari dan mengakui kesilapan yang dilakukan, adalah dinasihatkan supaya tidak lagi berulang atau menyebarkan dakwaan atau tohmahan yang tidak berasas yang menimbulkan kegusaran orang awam.

"Saya faham tiada manusia yang sempurna. Yang penting, ambil tanggungjawab atas perbuatan sendiri, mohon maaf secara ikhlas sekiranya dan perbetulkan kesalahan diri sebaik-baiknya," katanya.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi meminta orang ramai tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu.