Hazard gantung but pada usia 32 tahun

Iklan
Hazard - Foto Agensi

BINTANG sensasi, Eden Hazard pada Selasa mengumumkan persaraannya daripada arena bola sepak sambil pemain Belgium itu menyifatkan dia berhenti pada masa yang tepat.

Penyerang itu mencapai persetujuan bersama Real Madrid untuk menamatkan kontrak setahun lebih awal pada musim panas selepas menandatangani kontrak lima tahun pada 2019 bernilai 89 juta pound (RM516 juta).

Iklan
Iklan

Pemain berusia 32 tahun itu membuat 76 penampilan sepanjang empat musim di Sepanyol dan sekadar menjaringkan tujuh gol.

Karier Hazard dalam kancah La Liga bertukar hambar apabila kerap mengalami kecederaan berbanding ketika bersama Chelsea apabila dia meledak 110 gol dalam 352 perlawanan dan menjulang dua gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Iklan

"Saya berjaya mencapai impian, bermain dan bergembira di atas pelbagai padang di serata dunia. Sepanjang karier saya bertuah bertemu pengurus hebat, jurulatih dan rakan sepasukan. Terima kasih semua, saya pasti rindukan anda," luah Hazard.

Hazard turut melahirkan penghargaan buat keluarga, rakan taulan serta kelab yang pernah diwakili sepanjang 16 tahun kariernya.

Iklan

"Saya juga berterima kasih kelab yang saya pernah beraksi. LOSC (Lille Olympique Sporting Club), Chelsea dan Real Madrid serta terima kasih kepada RBFA (Persatuan Bolasepak Belgium) untuk saya tersenarai dalam skuad kebangsaan.

"Terima kasih istimewa kepada keluarga, rakan, penasihat dan penyokong yang tetap setia dengan saya ketika senang dan susah.

"Kini detik untuk saya menikmati masa bersama insan tersayang dan mencari pengalaman baharu. Jumpa anda semua di luar padang tidak lama lagi," ujar Hazard.