Ketegangan di Gaza mungkin berlangsung sekurang-kurangnya 10 hari

Iklan
Kepulan asap memenuhi ruang udara berikutan serangan yang dilancarkan tentera Israel di Bandar Gaza. - Foto EPA

MOSCOW - Ketegangan semasa di Semenanjung Gaza mungkin berlangsung sekurang-kurangnya 10 hari dan diharapkan pertempuran itu tidak akan menjejaskan negara jiran, kata Menteri Luar Iraq, Fuad Hussein pada Selasa semasa pertemuan dengan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

"Kami percaya bahawa, malangnya, pertempuran yang sedang berlaku di Gaza boleh berlangsung sekurang-kurangnya 10 hari," kata Hussein, sambil menambah ketegangan berpanjangan mungkin menjejaskan negara-negara jiran.

Iklan
Iklan

Kementerian itu menambah campur tangan antarabangsa adalah perlu untuk menghentikan pergolakan dan mencari penyelesaian yang adil kepada isu Palestin, lapor Sputnik. - Bernama-Sputnik

Iklan

Iklan