KPKM nafi keluarkan poster tular mengenai isu beras

Iklan
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, poster itu adalah fitnah dan tidak betul.

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan telah mengeluarkan poster berbentuk kenyataan menteri mengulas mengenai isu beras yang tular ketika ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, poster itu adalah fitnah dan tidak betul.

Iklan
Iklan

"Pihak Pejabat Menteri telah melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

"Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak dahulu kesahihan semua kandungan yang ditularkan supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang sengaja direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya. - Bernama

Iklan
Iklan