SHAH ALAM - Kos hidup tinggi menjadi asas utama kepada kerajaan mengkaji semula gaji permulaan bagi Konstabel (YA1) Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika ini.
Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa), Datuk Meor Chek Hussien Mahayuddin berkata, bebanan tugas mencabar ketika ini perlu seiring dengan gaji diperoleh.