Komedi dan rezeki
Iklan
BAYI akan lahir bersama tangisan. Itu kelazimannya dan ramai mentafsirkan ia adalah manifestasi kebimbangan serta ketakutan anak yang baru lahir itu terhadap kehidupan bakal dilaluinya di dunia fana ini.
Tetapi mengikut kelazimannya juga, empat bulan kemudian atau dalam kes tertentu, lima atau enam bulan selepas itu bayi tersebut akan mula ketawa. Akan mula mengekek-ngekek.