Bukit Rambai, Larkin, Batu Pahat catat IPU tidak sihat

Iklan
Pemandangan di sekitar Melaka terjejas teruk akibat jerebu ketika tinjauan Foto Bernama di Bukit Ayer Keroh pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Sejumlah tiga kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) paling tidak sihat.

Setakat jam 6 pagi, Bukit Rambai di Melaka, mencatatkan bacaan IPU paling tinggi dengan paras 155, manakala Larkin di Johor mencatatkan bacaan kedua tertinggi dengan paras 144.

Iklan
Iklan

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat adalah di Batu Pahat, Johor dengan paras bacaan 136.

Sementara itu, 56 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana.

Iklan

Antara kawasan yang catat bacaan IPU sederhana termasuk Cheras di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Klang di Selangor, manakala sembilan stesen sahaja mencatatkan bacaan IPU yang baik.

Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya. - Awani

Iklan