'Sudah tiba masa England menang piala' - Bellingham

Iklan
Bellingham

PEMAIN tengah England, Jude Bellingham menyifatkan sudah tiba masanya untuk The Three Lions memenangi kejohanan besar selepas gagal sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pemain berusia 20 tahun itu menyertai England menjelang perlawanan menentang Australia dan Itali memasang impian untuk membantu pasukan meraih kejuaraan.

Iklan
Iklan

Di peringkat kelab, Bellingham telah tampil cemerlang sejak menyertai Real Madrid dari Borussia Dortmund pada musim panas apabila menjaringkan 10 gol untuk Los Blancos dalam hanya 10 penampilan setakat ini.

"Matlamat saya untuk 12 bulan akan datang bersama pasukan England adalah sama 10 hingga 15 tahun akan datang iaitu cuba memenangi kejohanan utama.

Iklan

"Saya rasa kami tidak boleh mengelak daripada mengatakan perkara itu sekarang. Kami telah hampir berjaya dalam beberapa kejohanan yang lalu.

"Kami harus menggunakan pengalaman yang kami peroleh daripada kejohanan sebelum ini untuk meneruskan dan membawa pulang beberapa piala. Itulah matlamat bersama yang kami usahakan dan kami tidak takut untuk mengatakannya lagi," katanya.

Iklan

Bellingham membuat penampilan sulung bersama England pada 2020 dan menjadi naib juara bersama Three Lions pada Euro tahun berikutnya.

Pemain tengah itu juga menampilkan prestasi mengagumkan pada Piala Dunia tahun lalu apabila membantu England mara ke suku akhir sebelum tewas kepada Perancis.

England bertemu Australia dalam perlawanan persahabatan pada Sabtu sebelum perlawanan kelayakan Euro 2024 menentang Itali di Wembley empat hari kemudian.