Sebahagian sumbangan daripada PASRelief untuk mangsa perang Palestin sudah diagihkan oleh wakil mereka di sana.
Oleh itu, atas rasa tanggungjawab dan kemanusiaan, PASRelief telah menyalurkan bantuan awal kecemasan bernilai RM100,000 kepada penduduk Palestin selepas serangan bermula pada Sabtu lepas.
MOHD YUSNI
Iklan
"Kami difahamkan situasi di Gaza semakin tegang dengan tindak balas rejim zionis Israel yang semakin mengganas apabila menyasarkan kawasan pendidikan, masjid, kediaman penduduk dan hospital. Lebih dahsyat, bekalan air dan elektrik juga disekat.
Iklan
"Keadaan getir yang dilalui oleh penduduk Palestin saat ini, tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. PASRelief akan menggerakkan pelbagai usaha untuk menyalurkan lebih banyak bantuan kepada mangsa perang di Palestin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Selain sumbangan wang tunai, PASRelief juga turut menyalurkan bantuan barangan keperluan harian kepada mangsa perang di Palestin.