Empat penuntut universiti diculik

Iklan
Gambar hiasan 123RF

ABUJA - Sekurang-kurangnya empat penuntut Universiti Nasarawa di Nigeria diculik oleh lelaki bersenjata pada Selasa, kata polis tempatan.

Jurucakap polis Nasarawa, Ramhan Nansel berkata, mangsa yang kesemuanya wanita itu diculik di asrama mereka di luar premis universiti di Keffi, bandar yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Abuja, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, anggota polis dan tentera masih berusaha untuk mengesan penculik dan mangsa. - Bernama

Iklan
Iklan