Kunjungan Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Indonesia, Erick Thohir ke Malaysia memberi perspektif baharu dalam kerjasama antara dua negara berjiran ini.
Selain membincangkan hala tuju pembangunan kawasan ekonomi baharu, Erick yang turut bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerjanya juga menekankan kepentingan mengurangkan jurang kemiskinan antara orang kaya dan miskin.