Warga emas ditemui mati di dapur, polis nafi ada unsur jenayah

Iklan
Anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya.

KEPALA BATAS - Kes warga emas yang ditemui mati di bahagian dapur di dalam rumahnya di Kampung Permatang Bertam, di sini malam tadi tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa berusia 74 tahun disahkan meninggal dunia akibat terjatuh sebelum terhantuk di lantai berdekatan pintu dapur dan bukan dibunuh seperti tular di media sosial.

Iklan
Iklan

"Wanita itu ditemui tidak sedarkan diri oleh anaknya kira-kira jam 7 malam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, anak lelakinya berusia 38 tahun yang tinggal berdua dengan wanita itu pulang ke rumah dan mendapati pintu hadapan berkunci sebelum lelaki tersebut masuk dan memanggil ibunya namun tiada sahutan.

Iklan

"Lelaki itu terus mencari ibunya sebelum ternampak wanita tersebut tertiarap di laluan pintu menuju ke bilik air di bahagian dapur dengan kesan luka di bahagian dahi sebelah kanan dan berlumuran darah.

"Dia terus menghubungi ambulans sebelum pasukan perubatan yang tiba mendapati mangsa meninggal dunia dan melaporkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Iklan

Noorzainy berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat kesan darah pada bucu lantai pintu dapur bersebelahan sebuah kerusi yang patah namun tiada percikan darah pada bahagian dinding rumah atau lantai dan kerusi yang patah.

Selain itu, katanya tiada sebarang kesan pecah pada pintu rumah atau geledah malah tiada jiran yang melihat individu masuk ke dalam rumah mangsa.

"Jiran juga memaklumkan mereka tidak mendengar kekecohan dan wanita itu juga dalam keadaan sihat ketika anaknya keluar bekerja di Butterworth pada jam 7.30 pagi.

"Mayat mangsa di hantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat," katanya.

Noorzainy berkata, bedah siasat yang dijalankan oleh pihak Unit Forensik HSJ mendapati kecederaan yang dialami mangsa bukan kesan akibat pergelutan dan selain mengesahkan tiada sebarang unsur-unsur jenayah di temui.

Sebelum ini tular di laman sosial kononnya mangsa disamun sebelum dia dibunuh kerana terdapat beberapa barangan kemasnya yang dilaporkan hilang.