Sembilan daripada 10 rakyat Malaysia pilih Shopee

Iklan

PLATFORM e-dagang Shopee mengumumkan bahawa sembilan daripada 10 rakyat Malaysia memilih Shopee untuk beli-belah dalam talian yang selamat, menurut hasil tinjauan #ShopSafeWithShopee minggu lepas.

Shopee dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, hasil tinjauan itu menunjukkan 80 peratus daripada pembeli atau pengguna platform itu menganggap diri mereka mempunyai pengetahuan mengenai penipuan atau scam beli-belah dalam talian dan 20 peratus pernah mengalami situasi melibatkan pembelian palsu atau terdedah kepada scam.

Iklan
Iklan

Tinjauan itu turut merekodkan 30 peratus daripada responden pernah menjadi mangsa scam dalam talian tahun lepas, iaitu mereka yang diperdaya sedang membeli produk keperluan rumah, barangan fesyen atau gaya hidup dan elektronik.

"Apabila memilih platform untuk beli-belah dalam talian, faktor utama yang mempengaruhi pembeli Malaysia ialah untuk mereka mempunyai transaksi beli-belah yang selamat seperti kaedah bayaran yang dilindungi, dasar pemulangan barangan dan wang yang jelas, produk yang asli/diiktiraf, serta penyelesaian perkhidmatan pelanggan yang hebat," menurut kenyataan itu.

Iklan

"Hal ini melibatkan kebanyakannya responden berusia 35 hingga 49 tahun, manakala pembeli muda berumur 18 hingga 34 tahun lebih mementingkan populariti platform (menganggap jika lebih ramai yang menggunakan platform itu, ia selamat) dan pilihan produk yang pelbagai," menurut kenyataan itu.

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, Shopee komited untuk menyediakan pengalaman beli-belah dalam talian yang selamat kepada pengguna mereka.

Iklan

"Kami komited untuk membina persekitaran yang selamat dan dilindungi kepada pengguna kami bagi pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan," katanya.

Tinjauan itu turut mendapati lapan daripada 10 rakyat Malaysia berpendapat Shopee menyediakan sokongan scam terbaik ketika membeli-belah secara dalam talian.- Bernama