Didakwa gagal terajui kementerian, Mat Sabu didesak letak jawatan menteri

Iklan
Zulkafperi (kiri), Mohamad

KUALA LUMPUR - Datuk Zulkafperi Hanapi (PN - Tanjong Karang) mendesak Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu untuk meletakkan jawatan sebagai menteri.

Beliau mendakwa Ahli Parlimen Kota Raja itu tidak kompeten terutamanya dalam menyelesaikan isu bekalan makanan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Mohamad"hanya dipandu" kakitangan kementerian dan bukannya"memandu" kementerian tersebut.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 di Dewan Rakyat pada Rabu.

Iklan

"Ketua parti bukanlah kriteria yang melayakkan secara automatik untuk diangkat sebagai menteri.

"Ini jelas dengan kegagalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang kelihatan dipandu dan bukannya memandu kementeriannya.

Iklan

"Ini terserlah dengan isu telur dan sekarang isu bekalan beras putih tempatan.

"Atau Perdana Menteri perlu menggantikan beliau dengan seorang yang lebih berkelayakan bagi menerajui kementerian penting ini dan menyelesaikan isu makanan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fidkal 2023 di Dewan Rakyat pada Rabu. - Awani