Zainal kecewa tindakan RoS gantung pendaftaran MTUC

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung isu berkenaan semalam.

SHAH ALAM - Bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Tan Sri Zainal Rampak kecewa dengan tindakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang menggantung pendaftaran organisasi itu pada 13 Disember lalu.

Beliau berkata, apa yang berlaku kepada MTUC yang pernah diterajuinya selama 19 tahun sebagai presiden sangat menyedihkan.

Iklan
Iklan

"Saya dan pemimpin MTUC yang terdahulu menempuh pelbagai halangan dan bersusah payah untuk membina dan membangunkan MTUC sehingga menjadi satu organisasi yang kuat dan dihormati rakan di dalam dan luar negara.

"Namun tindakan RoS itu telah memusnahkan segalanya," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Iklan

Semalam, RoS dilaporkan menggantung pendaftaran MTUC dan notis penggantungan bertarikh 13 Disember 2019 itu ditandatangani oleh Pendaftar Pertubuhan, Nurul Azhar Husin.

Menerusi notis itu, pendaftaran MTUC mungkin akan dibatalkan jika pertubuhan itu gagal mengemukakan sebab memuaskan kepada RoS.

Iklan

Bagaimanapun notis itu tidak menyatakan kesalahan atau pelanggaran peraturan dilakukan MTUC