Segerakan projek benteng banjir sepanjang Sungai Golok

Iklan
Naziratul Aina (tiga dari kanan) bertanya khabar penduduk di Kampung Kolam sambil membuat tinjauan banjir.

PASIR MAS - Projek benteng banjir di sepanjang Sungai Golok perlu disegerakan sebagai alternatif terbaik dalam mengurangkan risiko banjir di sekitar kawasan Meranti dan Gelang Mas.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pasir Mas, Naziratul Aina Sayuti berkata, perkara itu wajar dijadikan sebagai salah satu agenda utama kerana ia melibatkan soal kepentingan rakyat.

Iklan
Iklan

"Saya merayu pimpinan tertinggi PH (Pakatan Harapan) untuk menyegerakan projek ini demi kepentingan rakyat.

"Eloklah jika benteng banjir ini diletakkan sebagai salah satu projek teras oleh kerajaan pusat di negeri ini," katanya.

Sejak pembinaan benteng, air banjir hanya mengambil masa satu hari untuk penuh di kawasan kampung di sepanjang Sungai Golok.

Iklan

Terdahulu, Naziratul Aina bersama rombongan meninjau situasi semasa banjir di sekitar Kampung Kaloi dan Kolam yang mulai menerima limpahan air Sungai Golok sejak semalam.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan pembinaan benteng berketinggian 1.5 meter yang lengkap dengan sistem kamera litar tertutup (CCTV) menjadi alternatif terbaik kerajaan Thailand dalam membendung limpahan air sungai Golok dari masuk ke negara berkenaan.

Iklan

Tinjauan Sinar Harian mendapati air antara 0.5 hingga 0.7 meter mulai masuk dan menenggelamkan beberapa buah kampung di sekitar Gelang Mas seperti Kolam, Kaloi, Banggol.

Sementara itu, Siti Aminah Teh, 45, berkata, pembinaan benteng oleh kerajaan Thailand memberikan impak yang besar kepada penduduk di Kampung Kolam.

Air mula melimpahi kawasan kampung dengan cepat.

"Sebelum ini, kawasan ini akan dilanda banjir dua hari selepas air di Rantau Panjang surut, tapi sekarang dalam satu hari saja kawasan ini sudah ditenggelami banjir," katanya

Katanya, dia merayu kepada kerajaan supaya menyegerakan pembinaan benteng di sebelah Malaysia untuk mengurangkan risiko banjir.

ARTIKEL BERKAITAN: Gelang Mas dilanda banjir