'Saya sokong Hamas 100 peratus' - Tun M

Iklan
Dr Mahathir

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong tindakan Palestin khususnya pejuang Hamas yang melakukan serangan mengejut terhadap Israel pada Sabtu lalu.

Dr Mahathir berkata, tindakan Hamas adalah akibat tekanan teruk yang dialami oleh rakyat Palestin sejak sekian lama sehingga tidak mampu berbuat apa melainkan mengatur serangan mengejut.

Iklan
Iklan

"Saya sokong Hamas 100 peratus," katanya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin di pentas Minggu Negarawan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Rabu.

Menurutnya, rejim Israel sudah tentu tidak akan berdiam diri membalas dendam melalui serangan balas.

Iklan

"Buat pertama kalinya lebih 70 tahun orang Israel baru merasai tekanan daripada serangan Palestin ini," katanya.

Dr Mahathir antara pemimpin dunia yang lantang bersuara mengenai penindasan Israel terhadap Palestin.

Iklan

Antaranya beliau menyelar Israel di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-73, di New York, Amerika Syarikat lima tahun lalu.

Sabtu lepas, Hamas yang mengawal Semenanjung Gaza, melancarkan serangan mengejut ke atas Israel yang setakat ini telah membunuh lebih 700 orang Israel.

Kementerian Kesihatan Palestin hari ini memaklumkan angka kematian di Gaza meningkat hampir 1,000 dalam serangan yang memasuki hari keempat.

Memetik laporan CNN, kementerian itu berkata, kira-kira 950 orang terbunuh, manakala 5,000 lagi cedera dalam serangan ke atas Gaza.