CBP sertai ICCYM 2023 sasar kurangkan pemanasan global

Iklan
CBP bersama masyarakat setempat dan kakitangannya telah menyertai Pembersihan Pantai Antarabangsa 2023 di Pulau Selakan, Semporna pada Rabu.

SHAH ALAM - Co-opbank Pertama (CBP) bersama kakitangannya dan masyarakat setempat telah menyertai Pembersihan Pantai Antarabangsa 2023 (ICCMY2023) di Pulau Selakan, Semporna dalam usaha mengurangkan impak pemanasan global pada Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, ia usaha untuk menerapkan agenda United Nation dalam Pembangunan Mampan SDG17 iaitu komitmen negara melalui penglibatan sektor korporat dalam program ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir urus).

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakan itu bagi memastikan pemanasan global yang berada di paras kritikal dan memberi kesan signifikan kepada bumi seperti pencemaran, bencana alam serta kemusnahan alam sekitar dapat dikurangkan.

”Program seperti ini dapat memupuk kesedaran untuk komuniti prihatin mengenai kepentingan ekosistem alam sekitar dan sosio ekonomi yang menjadi sumber pendapatan masyarakat setempat.

Iklan

"Sebagai badan korporat yang menyokong agenda negara, CBP akan terus mengembleng tenaga dan usaha untuk menyertai program melibatkan ESG bagi memastikan matlamat kelestarian alam sekitar terjaga serta terpelihara untuk kesinambungan generasi masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, CCMY2023 dianjurkan oleh Reef Check Malaysia dan mendapat kerjasama daripada Ecodistrict Association dan Luma’ Selakan Eco Resort bersama penyelaras program, Stylo Events Sdn Bhd.

Iklan

Jelas Khairil Anuar, selain aktiviti pembersihan pantai, pihaknya juga telah mencipta Seni Dinding Eco- Bricks daripada botol plastik hanyut.

"CBP akan terus menyokong usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di negara ini selari dengan tanggungjawab sosial korporatnya,” ujarnya.