Indonesia minat anjur Piala Dunia 2034 bersama Malaysia

Iklan
Lionel Messi mengemudi Argentina menjuarai Piala Dunia 2022 buat kali ketiga di Qatar tahun lalu. - Foto Agensi

INDONESIA sedang berunding dengan Australia mengenai hasrat menjadi penganjur Piala Dunia 2034 bersama Malaysia dan Singapura.

"Kami sedang berbincang dengan Australia. Ketika melawat Malaysia dan Singapura, kedua-dua negara berminat menyertai Indonesia dan Australia,” kata Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir.

Iklan
Iklan

Badan induk bola sepak Australia juga dilaporkan sedang mengkaji kemungkinan untuk membida sebagai hos Piala Dunia Kelab 2029 atau/dan Piala Dunia 2034.

Minggu lalu, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menjemput ahli-ahli gabungannya dari benua Asia dan Oceania untuk membida Piala Dunia edisi 2034.

Iklan

Sebelum itu, FIFA mengumumkan Sepanyol, Maghribi dan Portugal sebagai tuan rumah bersama Piala Dunia 2030, dengan Uruguay, Paraguay dan Argentina menjadi hos aksi pembukaan.

Arab Saudi menyatakan hasrat mereka untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 dan sudah menghantar surat kepada FIFA sebelum tarikh tutup 31 Oktober ini.

Iklan

Piala Dunia 2026 yang akan menampilkan 48 pasukan, dijadualkan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.