Dewan Rakyat terima pemakluman kekosongan kerusi Parlimen Kemaman

Iklan
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, ia selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah memaklumkan kekosongan luar jangka bagi Parlimen Kemaman kepada Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, ia selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan.

Iklan
Iklan

"Dimaklumkan bahawa saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menerima surat bertarikh 11 Oktober 2023 daripada Pengerusi SPR yang memaklumkan telah berlaku kekosongan luar jangka bagi Parlimen Kemaman.

"Sehubungan dengan itu, pihak SPR akan mengadakan satu pilihan raya bagi mengisi kekosongan tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Pada 4 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan Perakuan Hakim Pilihan Raya di bawah Seksyen 37 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) yang mengisytiharkan bahawa pilihan raya umum bagi kawasan Parlimen P.040 Kemaman pada 19 November 2022 adalah terbatal.

Penyandang jawatan, Che Alias Hamid tidak mengemukakan rayuan sehingga tempoh rayuan berakhir pada 10 Oktober lalu, selaras dengan Seksyen 36A Akta 5 kepada pihak Mahkamah Persekutuan.

Iklan

Ia susulan keputusan Hakim Pilihan Raya pada 26 September 2023 yang mengisytiharkan pilihan raya umum bagi kawasan Parlimen Kemaman pada 19 November 2022 adalah terbatal.