SHAH ALAM – Sebanyak 50 peratus responden Malaysia mengenal pasti kesihatan mental sebagai salah satu daripada tiga matlamat mental utama mereka.
Pengarah Kanan, Herbalife Nutrition Malaysia, Steven Chin berkata, antara faktor yang menimbulkan cabaran kesihatan mental termasuk kekangan kewangan dan tekanan di tempat kerja.
Menurutnya, menerusi pendekatan bersama ini, rakyat Malaysia boleh memanfaatkan rangkaian sokongan kukuh bagi mereka yang menghadapi isu kesihatan mental.
"Selari dengan usaha ini, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 ada menyebut tentang cadangan menubuhkan Institut Kesihatan Mental Negara.
"Menyedari betapa pentingnya kesihatan mental, Herbalife terus menggalakkan kesejahteraan minda dalam kalangan anggota masyarakat menerusi kumpulan sokongan yang memantau kesejahteraan secara menyeluruh,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
"Penduduk Malaysia yang semakin lanjut usia adalah satu lagi aspek yang mempengaruhi persekitaran penjagaan kesihatan kerana jumlah penduduk berumur 65 tahun dan ke atas telah mencecah tujuh peratus seperti ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Malaysia digolongkan sebagai sebuah negara tua. Justeru tumpuan mestilah diberikan untuk meningkatkan kualiti kehidupan warga emas kita.
Jelasnya, pencegahan adalah penting dalam penjagaan kesihatan, bukan sahaja manfaat serta-merta tetapi juga membantu menangani isu-isu yang dihadapi oleh penduduk yang semakin berumur.
"Kerjasama dan juga usaha menggabungkan tenaga pihak-pihak berkepentingan Kerajaan dan bukan kerajaan sesungguhnya memainkan peranan penting untuk memupuk ketetapan minda dan gaya hidup yang lebih sihat.
"Untuk tujuan ini, Herbalife berharap untuk memainkan peranan kami menerusi program yang kami laksanakan.
"Ahli-ahli Herbalife adalah penyokong aktif gaya hidup sihat dan mengendalikan pelbagai program berasaskan masyarakat untuk membantu pelanggan mereka mencapai matlamat kesejahteraan masing-masing,” ujarnya.