Erdogan sifatkan serangan bom di Gaza 'pembunuhan beramai-ramai'

Iklan
Israel melancarkan serangan ke atas penempatan orang awam di Gaza hingga mengorbankan banyak nyawa. - Foto EPA

ISTANBUL - Turkiye mengutuk pembunuhan orang awam dan menentang serangan bom 'sembarangan' ke atas Gaza, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Kami amat menentang pembunuhan orang awam. Kami tidak boleh menerima pembunuhan beramai-ramai orang yang tidak bersalah dan tidak berdaya di Gaza dengan pengeboman sembarangan secara berterusan.

Iklan
Iklan

"Ia bukan peperangan tetapi pembunuhan beramai-ramai apabila anda gunakan semua jenis cara yang memalukan,” kata Erdoğan.

Beliau berkata, Israel menafikan bekalan asas kemanusiaan kepada rakyat Gaza, termasuk air dan elektrik, sambil menyasarkan infrastruktur seperti tempat ibadat dan sekolah. - Bernama.

Iklan
Iklan