WASHINGTON - United Airlines masih mengekalkan penggantungan perkhidmatan pesawat Boieng 737 Max buat kali kedua dalam tempoh sebulan semalam.
Keputusan itu dibuat berdasarkan pengumuman pengawal selia penerbangan Amerika Syarikat (AS) bulan ini yang tidak membenarkan pesawat itu kembali melakukan penerbangan tahun ini.
Iklan
Iklan
Pesawat Boeng 737 MAX telah digantung perkhidmatan selama sembilan bulan di seluruh dunia ekoran insiden kemalangan di Indonesia dan Ethiopia yang mengakibatkan 346 orang maut.
Sementara itu, United Airlines tidak menjangkakan pesawat itu akan kembali beroperasi sebelum 4 Jun 2020 iaitu tiga bulan daripada tarikh sebenar yang dijangkakan sebelum ini sekali gus mengakibatkan pembatalan lebih daripada 8,000 penerbangan tambahan.
"Kami akan memastikan tempahan pelanggan yang terjejas mendapat penerbangan alternatif untuk mengurangkan gangguan," katanya dalam satu kenyataan.
Disebabkan penggantungan operasi itu, United Airlines bersama-sama dengan Southwest dan American Airlines terpaksa melakukan penangguhan tarikh penerbangan yang menggunakan pesawat tersebut.
Dalam pada itu, Boieng pada awal bulan ini turut mengumumkan penangguhan sementara pengeluaran pesawat terbabit untuk memberi tumpuan kepada penghantaran 400 pesawat MAX yang telah dibina sebelum ini. - AFP