Tambah bilik nak lebih penyewa
Iklan
Ada pemilik premis lakukan ubah suai tetapi tidak sesempit ‘liang lahad’
KOTA BHARU - Ada segelintir pemilik rumah sewa di Kelantan terutama di kawasan tumpuan sekitar bandar mengubah suai rumah dan bilik sedia ada kepada bilik-bilik kecil untuk mendapatkan lebih ramai penyewa.
Pengubahsuaian itu bagaimanapun tidaklah sehingga sesempit sebuah ‘sangkar burung’ atau ‘liang lahad’ sehingga penyewa terpaksa membongkokkan badan untuk masuk ke dalam bilik itu.