Perlu bantuan untuk terus bertahan
Iklan
KUANTAN - Golongan petani terutama yang mengusahakan aktiviti pertanian berskala kecil di negeri ini meminta kerajaan memberi lebih perhatian kepada nasib mereka dalam Belanjawan 2024.
Rata-rata petani yang ditemui mengakui agak terkesan dengan keadaan ekonomi ketika ini dan mengharapkan bantuan sewajarnya daripada pihak kerajaan bagi memastikan mereka dapat terus bersama menyumbang kepada sektor agromakanan negara.