KUALA LUMPUR - Dua kawasan di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, dua kawasan berkenaan ialah Batu Pahat dengan bacaan IPU 155 dan Larkin 122.