SEPANG - Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin berlepas ke Singapura selepas mengakhiri lawatan kerja dua hari ke Malaysia hari ini.
Srettha melintasi barisan kawalan kehormat statik oleh 28 pegawai dan anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai Kapten Raja Azri Syahir Raja Mohd Zulkifli di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira 9 pagi sebelum menaiki pesawat khas.