Pelajari agama daripada sumber sahih

Iklan
Zamri Hashim

SHAH ALAM - Masyarakat perlu kembali kepada mempelajari asas-asas agama daripada sumber yang sahih.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, kebanjiran maklumat dari pelbagai sumber memerlukan masyarakat lebih berhati-hati agar tidak terjebak dengan ajaran yang menyekutukan ALLAH SWT.

Iklan
Iklan

"Sebagaimana kebanjiran mereka yang menzahirkan diri seperti para asatizah, maka perlu dicari para asatizah yang benar-benar tulen mempunyai ilmu yang dapat membimbing umat.

"Salah satu mekanismenya adalah dengan penganugerahan tauliahan agama di negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika mengulas titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengenai ancaman ke atas pegangan ahli sunnah hari ini dilakukan secara terang oleh musuh Islam dan berselindung melalui gerakan batiniah tertentu

Ini termasuklah berwaspada tindak tanduk individu yang mempamerkan diri mereka sebagai ulama, ustaz, tuan guru dan seumpamanya namun pada hakikatnya, mereka membawa ajaran yang menyeleweng dan tafsiran yang menyimpang daripada landasan Islam sebenar

Iklan

Jelas Zamri, masyarakat perlu kembali mengimarah masjid dan surau oleh guru-guru bertauliah.

"Dalam konteks ini masjid kena bersungguh-sungguh menyediakan pengisian, aktiviti dan program agama agar dapat menangkis cubaan pihak tertentu yang cuba mengelirukan umat Islam

"Ahli jawatankuasa masjid perlu cari cari jalan supaya masyarakat minat untuk datang ke masjid dan surau bagi mengelak mereka berjumpa pihak yang salah yang sentiasa mencari peluang dan keuntungan di atas kelalaian kita sendiri,” ujarnya.