Rumah Putih tarik balik kenyataan Biden lihat foto budak dipenggal

Iklan
Biden (kiri) - Foto Agensi

WASHINGTON - Seorang jurucakap Rumah Putih memberitahu The Washington Post bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tidak pernah melihat gambar pejuang Hamas memenggal kepala kanak-kanak di selatan wilayah Israel yang diduduki.

Rumah Putih terpaksa memperbetulkan kenyataan Biden selepas pemimpin berusia 80 tahun itu memberitahu pemimpin Yahudi semasa pertemuan di Washington:"Saya tidak pernah menyangka bahawa saya akan melihat dan telah mengesahkan gambar pengganas memenggal kepala kanak-kanak."

Iklan
Iklan

Dakwaan Biden itu kemudian telah disebarkan secara meluas dan dipaparkan di muka hadapan akhbar Barat, tetapi tentera Israel sendiri tidak dapat mengesahkan laporan tersebut.

"Presiden mahu pun pegawai AS sendiri tidak penah melihat imej atau secara bebas mengesahkan laporan kanak-kanak dipenggal.

Iklan

"Kenyataan Biden itu sebenarnya berdasarkan dakwaan yang dibuat oleh jurucakap Perdana Menteri Israel dan laporan yang diterbitkan di Tel Aviv," kata jurucakap tersebut.

Laporan itu muncul pada Selasa ketika tentera Israel menawarkan wartawan untuk meninjau kawasan yang musnah akbat serangan mengejut Hamas pada Sabtu lalu.

Iklan

Sebelum ini, jurucakap Perdana Menteri Israel, Tal Heinrich memberitahu CNN bahawa bayi dan kanak-kanak yang tinggal di penempatan haram Kfar Aza telah dipancung.

Jurucakap pasukan Pertahanan Israel (IDF) memberitahu The Intercept:"Kami tidak dapat mengesahkan secara rasmi dakwaan tersebut tetapi anda boleh menganggap ia berlaku dan mempercayai laporan itu." - Agensi