GENEVA/GAZA - Serangan Israel di Semenanjung Gaza telah membunuh 11 kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada petang Rabu, antaranya lima guru di sekolah yang dikendalikan oleh PBB dan seorang pakar sakit puan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik UNRWA (United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees).
Sebahagian daripada kakitangan itu terbunuh di rumah bersama keluarga mereka, kata UNRWA.