'Cuti rehat menjengkelkan'

Iklan
Maddison. - Foto EPA

PEMAIN sensasi, James Maddison meluahkan kebimbangan cuti rehat Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi memberi peluang aksi antarabangsa boleh menjejaskan prestasinya dan Tottenham Hotspur.

Malah pemain tengah itu menyifatkan cuti tersebut sebagai 'menjengkelkan' ketika Spurs menghuni tangga teratas EPL.

Iklan
Iklan

Sejak menyertai Spurs dari Leicester City yang tersingkir ke Liga Kejuaraan, Maddison sudah meledak dua jaringan.

Pemain berusia 26 tahun itu juga memainkan peranan penting ketika Spurs mengikat Arsenal 2-2 dalam aksi EPL bulan lalu.

Iklan

Mengulas prestasinya berada pada tahap terbaik selepas mengharungi saingan awal EPL, Maddison mengakui perkara itu dan bersedia untuk menyertai England dalam aksi antarabangsa.

"Saya berasa berada di puncak prestasi dan ia membantu kepada kemenangan Spurs. Kami memulakan musim dengan positif dan kami mendapat momentum yang baik.

Iklan

"Rehat antarabangsa mungkin datang pada masa yang agak menjengkelkan.

"Anda tidak akan sekali-kali menolak untuk mewakili negara anda kerana saya selalu mengatakan ia adalah kemuncak apabila beraksi untuk England. Ketika bersama kelab, prestasi saya baik dan momentum pasukan juga bagus. Kami tidak tewas selepas lapan aksi.

"Kami kembali selepas rehat antarabangsa Mac lalu dan bermain dengan baik. Moga kami boleh melakukan perkara apabila saingan liga kembali nanti," katanya.

Spurs ketika ini mengungguli carta EPL berkongsi 20 mata bersama Arsenal di tangga kedua.