Empat maut, kereta api penumpang tergelincir

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala ramai lagi penumpang cedera selepas 21 gerabak kereta api penumpang tergelincir di negeri Bihar di timur India, lapor Xinhua.

Kemalangan berlaku pada malam Rabu di stesen kereta api Raghunathpur, daerah Buxar kira-kira 96 km ke barat Patna, ibu kota Bihar.

Iklan
Iklan

Laporan media tempatan memetik kenyataan pegawai tempatan mendakwa lebih 80 orang cedera dalam kemalangan itu.

Kereta api itu dilaporkan dalam perjalanan dari Delhi ke Guwahati di Assam dan punca kemalangan masih belum dapat dipastikan.

Iklan

"Takziah atas kehilangan nyawa mereka yang tersayang. Kita akan menyiasat punca kejadian.

"Pemindahan dan operasi menyelamat selesai. Semua gerabak telah diperiksa,” kata menteri kereta api persekutuan Ashwini Vaishnaw.

Iklan

Agensi penyiasat utama India, Biro Penyiasatan Pusat, sedang menjalankan siasatan ke atas kejadian itu. - Bernama/Xinhua