Dewan Rakyat kecoh angkara ‘anak bapak’

Iklan
Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat pada Khamis kecoh susulan beberapa ahli Parlimen kerajaan bangkit mempertikaikan istilah 'anak bapak' yang disebut Datuk Awang Hashim (PN-Pendang).

Istilah tersebut disuarakan setelah Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) bangkit meminta penjelasan Timbalan Speaker, Alice Lau Kiong selepas Dewan Rakyat mendahulukan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) yang dibawa Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani).

Iklan
Iklan

Usul Mohamed Taufiq dikemukakan pada Rabu akan dibahas petang ini berbanding usul Shahidan yang dibawa pada Selasa.

Keadaan semakin kecoh apabila Awang mempersoalkan 'conflict of interest' (pertembungan kepentingan) dalam keputusan dibuat Dewan Rakyat.

Iklan
Walaupun tidak memberi penjelasan lanjut mengenai kenyataan itu, ia dipercayai merujuk kepada hubungan kekeluargaan antara Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang merupakan bapa kepada Mohammed Taufiq.

Selain Mohamaed Taufiq, beberapa ahli Parlimen lain seperti RSN Rayer (PH-Jelutong), Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) dan P Prabakaran (PH-Batu) turut bangkit meminta Awang menarik balik perkataan 'anak bapak' itu.

Iklan

Sehubungan itu, Alice yang mempengerusikan mesyuarat menjelaskan, keputusan penerimaan usul dibawa Mohammed Tuafiq dibuat Timbalan Speaker, Datuk Ramli Mohd Noor dan bukannya Johari.

Alice turut meminta Awang menarik balik perkataan ‘anak bapak’ dan 'conflict of interest', namun Awang menegaskan bahawa tiada kesalahan dalam istilah yang disebutkan itu.

Mengambil kira kekecohan berlarutan selama hampir 10 minit hingga menyebabkan sidang Dewan Rakyat tertangguh, Timbalan Speaker kemudiannya mengarahkan Awang keluar dewan dan dibenar kembali pada sesi petang.