Tanah runtuh: Penghuni di 16 buah rumah diarahkan pindah

Iklan
Penghuni di penempatan semula Orang Asli dekat Sungai Ruil diarahkan berpindah - Foto: Ihsan JBPM

CAMERON HIGHLANDS - [DIKEMAS KINI] Seramai 86 penghuni melibatkan 16 buah rumah di kawasan penempatan semula Orang Asli dekat Sungai Ruil, Golden Hill di sini diarahkan berpindah serta-merta akibat tanah runtuh pada Khamis.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, tiga buah motosikal juga tertimbus akibat kejadian tersebut.

Iklan
Iklan
Anggota bomba membuat pemantauan di lokasi kejadian. - Foto: Ihsan JBPM

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 11.15 pagi mengenai kejadian tersebut.

"Seramai lapan anggota dan tiga pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

Iklan

"Komander operasi melaporkan berlaku tanah runtuh dan menyebabkan berlaku kerosakan kerosakan pada garaj kereta dengan kemusnahan 10 peratus dan tidak melibatkan mangsa.

Punca kejadian tanah runtuh di lokasi kejadian masih dalam siasatan. - Foto: Ihsan JBPM

"Pihak bomba membuat pemeriksaan di lokasi dan didapati masih ada lagi pergerakan tanah di kawasan berkenaan," ujar beliau dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Jelas Zulfadli, pihak bomba mengarahkan penghuni rumah di kawasan sekitar untuk mengosongkan kediaman masing-masing.

"Semua mangsa yang terlibat dipindahkan ke dewan orang ramai Kampung Sungai Ruil," tambah beliau punca kejadian masih dalam siasatan.

Kawalan keselamatan akan dilakukan Polis Pahang susulan kejadian tanah runtuh di kawasan penempatan semula Orang Asli dekat Sungai Ruil, Golden Hill, Cameron Highlands pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, tindakan itu dibuat bagi memastikan kawasan tersebut tidak dihampiri orang awam sekali gus mengelak kejadian tidak diingini.

"Semua penduduk yang terlibat sudah diarah berpindah ke tempat selamat di pusat pemindahan.

"Seterusnya kita akan membuat kawalan di kawasan tersebut sehingga keadaan selamat," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penutupan Kejohanan Karate Ketua Polis Negara di Arena Indoor, di sini pada Khamis.