Abang Johari nafi anaknya mahu ambil alih MYAirline

Iklan

KUCHING - Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menafikan laporan sebuah akhbar yang mengaitkan anaknya, Abang Abdillah Izzarim, sebagai bakal pelabur baharu MyAirline Sdn Bhd (MYAirline).

Syarikat penerbangan tersebut pada pagi ini telah memaklumkan untuk menggantung operasinya berikutan mengalami masalah kewangan.

Iklan
Iklan

Bercakap kepada pemberita di sini, Abang Johari berkata spekulasi yang dibuat oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris itu berkemungkinan timbul ekoran kehadiran Abang Abdillah pada satu sesi dialog syarikat di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

"Tak...(sebenarnya) apa yang berlaku ialah anak saya ke sana bersama kawannya dan beliau pada waktu itu ada dialog syarikat. Oleh itu, mereka (media) membuat spekulasi itu setelah nampak kehadirannya.

Iklan

"Anak saya jadi serba salah. Hendak berjalan (bergerak) pun susah, semua (pergerakannya) diperhatikan orang. Bagi saya, ini tidak adil,” kata beliau.

Pada masa sama, Abang Johari turut menyangkal spekulasi mengenai kemungkinan MYAirline menjadi sebuah syarikat penerbangan milik Sarawak.

Iklan

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri itu masih menumpukan usaha rundingan bagi pengambilalihan MASWings yang juga anak syarikat Malaysia Airlines Berhad.

"Kita fokus dengan (pengambilalihan) MASWings. Usaha itu sedang dalam proses perbincangan sekarang...ianya lebih kepada perincian butiran. Hanya itu saja,” kata beliau. - Bernama